Thursday, November 25, 2010

.Masalah TIKET sudah selesai.


Teda berita yang lebih baik tuk ari ni melainkan ini, mahasiswa/i sabah dan sarawak yang mengalami masalah tiket penerbangan hari tu gara-gara banjir di kedah BOLEH MENUKAR TIKET PENERBANGAN SECARA PERCUMA TIDAK KIRA MAS ATAU AIR ASIA!!!! wahhhhhhh, gembira yang amat ni. save sikit duit dari maw bayar harga pospone tiket.


Tidak payah pikir lagi apa macam maw tukar tiket, sapa maw bayar harga pospone. Bulih sudah belajar dengan tenang sket tanpa ada gangguan tiket. Aiya, tapi ada pla probs baru masuk TIDAK SABAR2 MAW BALIK SABAH!!! Tapi itu bisa ditangani, kekuatan hati laa penyelesainya=).. bha ranau tunggu laa ko saya maw balik sudah ni....=)




p/s : Thanx UUM, AIRASIA(sebab saya naik airasia) hehehe.

Monday, November 22, 2010

.JADUAL EXAM.

  • Hubungan Etnik( SADN1043) - 22 November 2010
  • Kemahiran Berfikir(SGDN1032) - 23 November 2010
  • Sosiologi Pendidikan( SGDG1023) - 27 November 2010
  • Pengantar Perakaunan Kewangan( BKAF1023) - 03 Disember 2010
  • Kenegaraan Malaysia( SADN 1033) - 08 Disember 2010
  • Sejarah Dan Falsafah Pendidikan(SGDF1013) - 13 Disember 2010

wish me luck arr=)

Saturday, November 20, 2010

.FITRAH MANUSIA.

FITRAH MANUSIA,
Saat kejayaan berada dalam genggaman,
Manusia lupa siapa yang memberi..
Ketika senang dengan harta dunia,
Manusia alpa dengannya..
Tika bahagia menjalari hidup,
Manusia lupa mengucap syukur..
FITRAH MANUSIA,
Namun saat kegagalan datang menimpa,
Tikar sejadah yang dicari..
Dan pabila harta meninggalkannya,
Tanpa malu menadah tangan..
Tatkala kesengsaraan dan kesedihan menghimpit diri,
Kepada Pencipta Yang Maha Pengasih dijadikan sandaran..
Siapa yang mengenal Penciptanya dalam kelapangannya,
Maka Dia akan mengenalnya dalam kesempitan..
Kenalilah Penciptamu diwaktu senang, Maka Dia akan mengenalimu diwaktu susahmu.

B.L.O.G

Setelah hampir setahun ni blog tidak disentuh, tiba-tiba terdetik dihati " apa sudah jadi sama tu blog??" "bangas sudah kali".
Waktu mula-mula buat blog dulu, saya ada terfikir apa laa saya maw tulis juga dalam tu blog. Buat karangan waktu sekolah menengah dulu pun bukannya rajin. Teknik mengarang pun bukannya bagus. Tapi oleh sebab maw kelihatan mengikut arus kecanggihan teknologi (up to date laa kan) akhirnya wujud juga ni blog. Akhirnya wujud juga ni blog, tapi sepi tanpa nukilan@"karangan" yang baik. Insyaallah saya maw mula balik "mengarang" dalam ni blog supaya tidak laa nampak sepi sangat. hehe
Saya suka baca blog orang lain( tapi kurang suka maw buat orang baca blog sendiri). Ada satu benda saya terperasan, dorang ada tema masing-masing dalam "karangan" blog dorang. Memerah otak laa saya dalam beberapa minit untuk pikir apa laa tema "karangan" untuk blog saya. Akhirnya, saya pilih "mix theme" untuk tema "karangan" saya. Sudah nama blog ni pun The Colour Of My Life, mesti laa ada warna warni dunia( ada kaitan ka ni?? hahaha).
So, Insyaallah I will try to always update my blog=)