Friday, February 24, 2012

...Carta Organisasi...

Salam,
Hari ni dengan sangat berbesar ati nak memperkenalkan organisasi persatuan PENDIDIK di blog. Nak bagi tunjuk gambar dulu ekk.
Persatuan PENDIDIK ni terdiri daripada Majlis Tertinggi (MT) dan Majlis Eksekutif (ME). MT ni orang yang paling tinggi jawatannya laa kat persatuan PENDIDIK, diketuai YDP dan dibantu oleh 2 orang Timbalan YDP. Pas YDP & TYDP ada setiausaha yang kerjanya buat surat dan bantu2 YDP & TYDP. Bendahari wajib laa ada, nanti tiada laa pemegang duit persatuan. So, hal2 duit ni handle dengan Bendahari jak laa. MT2 ni plak akan dibantu oleh ME yang terdiri daripada Exco Hubungan Luar & Antarabangsa, Exco Komuniti & Integrasi Kaum, Exco Sukan & Rekreasi, Exco Multimeddia & Penerbitan, Exco Keusahawanan & Korporat, Exco Kerohanian & Kebajikan serta Exco Latihan & Akademik. Exco2 ni bertanggungjawab urus program, pastikan program berjalan lancar, apa lagi arr hurmmm arghh yang paling penting menolongin itu MT2 laa supaya persatuan PENDIDIK terus megah. Pastu ada pula Ketua Bidang dari Edu Acct, IT, BBA, Moral & Edu Bimbingan Kaunseling.
Sudah laa untuk entry kali ni, =). Nyte semua

Friday, February 17, 2012

...KLIA...

salam,
Jam 11.52pm, Kuala Lumpur International Airport. Baru sahaja menjejakkan kaiki di tanah melayu setelah bercuti hampir sebulan lamanya. Bermula balik kehidupan seorang pelajar di bumi Sintok itu. Mesti cabaran lagi besar, sebab sudah masuk sem 4. Hurmmm...
Maw upload picture sepanjang cuti lalu tapi kekuatan yang ada tidak mampu untuk menunggu internet yang agak slow ni, iya laa sudah namanya berkongsi ramai2 wifi KLIA. Oleh sebab tiada idea maw tulis apa, meh menjadi pemberita jap, maw mengulas keadaan KLIA sekarang. Ok, KLIA arini agak sunyi sebab tidak ramai orang, jam pun sudah lewat malam kan. Manusia yang ada ramainya yang foreigners, maw kembali ke negara masing2 laa tu. I guest rata2nya orang dari Bangladesh, selamat kembali ke kampung halaman iya.
Cukup sampai di sini, just maw bagi taw yang the owner of this blog is still alive hahahahaha. Nyte~~

Friday, January 6, 2012

...Magic Stick...

Salam...
Kalau laa saya ada magic stick,
hurmmm...

Kalau laa saya ada magic stick,
Ya Allah...

Kalau laa saya ada magic stick,
Allahuakbar...

Kalau laa saya ada magic stick,
Masyaallah...

Kalau laa saya ada magic stick,
Subhahanallah...

Tapi saya tidak ada magic stick itu,
Mungkin magic stick tu hanya ada di dunia fairytale,
Atau mungkin juga disimpan oleh c Harry Potter.

Tapi saya tidak ada magic stick itu,
Makanya saya harus berusaha lebih,
Biar segalanya saya dapat hasil keringat sendiri,
Itu lebih menyegarkan,
Berbanding mereka yang tidak berusaha tapi bisa mendapatkan apa yang dimiliki,

Tapi saya tidak ada magic stick itu,
Tidak mengapa,
Itu kelebihan mereka,
Takdir jangan kau salahkan,
Kerana mungkin itu yang terbaik untuk kau...

Saya tidak perlukan magic stick itu,
Sebab saya tahu saya mampu,
Saya tahu saya tabah,
Saya tahu saya kuat.






Monday, December 12, 2011

...pemasyhuran BSN...

Salam...
Akhirnya berakhir juga majlis pemasyhuran DPP BSN dengan penuh gilang gemilangnya. Terima Kasih untuk BSN bank komuniti anda sbb sudi 'meminjamkan' namanya kepada DPP saya, yeahhh, bukan setakat pinjam nama, duit pun kena bagi, tapi biarlah rahsia berapa RM nya. Supaya panjang sikit entry saya, better saya kc cerita apa pengisian sepanjang pemahsyuran tu arr. Program pemasyhuran berlangsung 4 hari 4 malam dan sepanjang 4 hari tu pelbagai aktiviti dijalankan oleh semua residen DPP BSN. Biar laa saya kc list apa semua aktiviti yang berlangsung supaya kamu semua penat lagi baca ni entry.
Aktiviti majlis pemasyhuran DPP BSN:
  • Debat kedai kopi (Biro Kerohanian)
  • Funny Olimpik Game (Biro ???)
  • Ceramah 2k (Biro Keselamatan)
  • Pameran Kesihatan (Biro Keselamatan)
  • Senam Aerobik (Biro ???)
  • Masterchef BSN (Biro ???)
  • Pertandingan Karaoke & akustik (Biro Kebudayaan)
  • Pertandingan Fesyen 1Malaysia (Biro Kebudayaan)
  • Catur Bestari (Biro ???)
  • Pertandingan Futsal (biro Sukan)
  • Pertandingan Bola Jaring (Biro Sukan)
  • Pertandingan Keceriaan Bilik & Blok (Biro ???)
  • etc...
Ada beberapa lagi aktiviti tapi tidak dapat diingat. Tapi paling penting waktu perasmian dan dinner malam terakhir tu. Sangat2 laa berpuas hati dengan segalanya, tidak laa perfect sangat majlis tu still ada juga cacat celanya, but still boleh dimaafkan sebab pihak penganjur pun manusia biasa, boleh buat kesilapan hihi. Dari segi makanan & serving I will give thumbs up laa tapi tidak dapat dikongsi gambarnya, tidak ada kesempatan maw snap pic makanan tu. Decoration dewan, agak biasa tapi still lawa. Performance pun I give thumbs up sebab saya minat Alyah, tapi Jay Jay pun apa kurangnnya menyengat juga dy malam tu dengan persembahan akustik dy, both of the are very sporting with their fans love ya~~. Kemuncak untuk malam tu I think the lucky draw, because the prizes is too 'hot' I think, 1st prize dapat Ipad2, dan kesiannya bukan milik saya hahahahaha saya jarang lucky dalam bab lucky draw ni. Sampai ketemu next time daaaa~~~

Tuesday, November 29, 2011

...De Bayu Night...

Majlis dinner anak-anak Sabah akhirnya berjalan dengan jayanya juga, credit untuk tuan pengarah projek sebab dengan cool dan jayanya dapat memastikan keberlangsungan ni majlis even terpaksa menempuh pelbagai onak durihihi, tidak dilupakan semua AJK yang bertungkus lumus and for sure semua sabahan yang study d UUM yang bagi lots of kerjasama untuk sama-sama kc meriah ni majlis. Thanx semua yang terlibat dengan majlis ni, for giving me opportunity to know all of you and give me such a wonderful experience.