Friday, February 24, 2012

...Carta Organisasi...

Salam,
Hari ni dengan sangat berbesar ati nak memperkenalkan organisasi persatuan PENDIDIK di blog. Nak bagi tunjuk gambar dulu ekk.
Persatuan PENDIDIK ni terdiri daripada Majlis Tertinggi (MT) dan Majlis Eksekutif (ME). MT ni orang yang paling tinggi jawatannya laa kat persatuan PENDIDIK, diketuai YDP dan dibantu oleh 2 orang Timbalan YDP. Pas YDP & TYDP ada setiausaha yang kerjanya buat surat dan bantu2 YDP & TYDP. Bendahari wajib laa ada, nanti tiada laa pemegang duit persatuan. So, hal2 duit ni handle dengan Bendahari jak laa. MT2 ni plak akan dibantu oleh ME yang terdiri daripada Exco Hubungan Luar & Antarabangsa, Exco Komuniti & Integrasi Kaum, Exco Sukan & Rekreasi, Exco Multimeddia & Penerbitan, Exco Keusahawanan & Korporat, Exco Kerohanian & Kebajikan serta Exco Latihan & Akademik. Exco2 ni bertanggungjawab urus program, pastikan program berjalan lancar, apa lagi arr hurmmm arghh yang paling penting menolongin itu MT2 laa supaya persatuan PENDIDIK terus megah. Pastu ada pula Ketua Bidang dari Edu Acct, IT, BBA, Moral & Edu Bimbingan Kaunseling.
Sudah laa untuk entry kali ni, =). Nyte semua

Friday, February 17, 2012

...KLIA...

salam,
Jam 11.52pm, Kuala Lumpur International Airport. Baru sahaja menjejakkan kaiki di tanah melayu setelah bercuti hampir sebulan lamanya. Bermula balik kehidupan seorang pelajar di bumi Sintok itu. Mesti cabaran lagi besar, sebab sudah masuk sem 4. Hurmmm...
Maw upload picture sepanjang cuti lalu tapi kekuatan yang ada tidak mampu untuk menunggu internet yang agak slow ni, iya laa sudah namanya berkongsi ramai2 wifi KLIA. Oleh sebab tiada idea maw tulis apa, meh menjadi pemberita jap, maw mengulas keadaan KLIA sekarang. Ok, KLIA arini agak sunyi sebab tidak ramai orang, jam pun sudah lewat malam kan. Manusia yang ada ramainya yang foreigners, maw kembali ke negara masing2 laa tu. I guest rata2nya orang dari Bangladesh, selamat kembali ke kampung halaman iya.
Cukup sampai di sini, just maw bagi taw yang the owner of this blog is still alive hahahahaha. Nyte~~