Friday, December 10, 2010

..Menangis..


Apa yang menyebabkan kamu menangis sepanjang hidup kamu?? Mesti banyak benda yang kita sudah menangis.. Yaa, saya pun sama.. Menangis menangis dan menangis.. Hehe, saya tiba-tiba teringat cerita keluarga saya waktu saya budak.. Dorang cakap saya ni jenis suka menangis, sikit-sikit menangis "tu pasal mata ko ala-ala panda sudah tu" thats what my sister Bayd cakap.. Pastu kalau orang yang akan jaga saya pun saya akan "pilih", kalau saya tidak suka tu orang saya akan nangis.. Haha, saya tidak ingat pla perangai saya macam ni waktu budak-budak dulu..

Bila kali terakhir kamu menangis dengan bersungguh-sungguh?? Hurmm, 1. Tahun 2009 waktu saya berdoa supaya saya dapat keputusan STPM cemerlang.. Doa saya maa Allah supaya Dia bagi saya kejayaan sebab saya sudah berusaha dengan baik dan bersungguh, tidak pernah saya bersungguh-sungguh dalam belajar kecuali waktu STPM tu.. Alhamdulillah dapat result pun ok juga, tidak laa mengecewakan.. 2. Tahun 2008, waktu bapa yang tersayang pergi kc tinggal kami selamanya.. Saya minta sama Allah supaya roh bapa tersayang sentiasa berada dikalangan orangorang yang beriman dan jauhkan dia dari azab seksa kubur dan neraka.. Amin..

Apa yang buat kamu menangis setakat ni (tolak yang kamu tingu muvie arr)?? Jawab dalam ati arr, hehe..

Tapi yang penting sepanjang kita hidup ni kan, mesti banyak sudah kita menangis kan.. Kalau kena tadah tu air mata mesti penuh itu dorom dengan air mata kita kan, hehe.. Tapi kan, saya tiba-tiba tepikir itu air mata yang keluar disebabkan perkara yang macam mana??(penuh makna ni).. Ada kawan tanya maa saya, berbaloi ka kita maw menangis sebab boifren?? Menangis sebab kawan?? Kamu rasa apa macam?? Perlu ka kita menangis sebab dua benda di atas?? Kalau sebab kawan mungkin saya akan menangis tapi kalau sebab boifren saya kurang pasti samada saya akan nangis atau tidak.. Alaa, kawan saya panggil sudah makan di bilik dia.. so semoga kita ketemu lagi nanti ok?? hehe=)..

Ehh, jan lupa jawab dalam ati tu pertanyaan saya tadi arr..

Thursday, December 2, 2010

..SEBARKAN..

Saya sekadar ingin berkongsi cerita ini..
Harap kawan2 juga dapat share dengan kawan2 yang lain..
Mungkin ada yang pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Bayangkan ini berlaku kepada anda..

Suatu hari pada sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah..
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam..
Lalu salah seorang lelaki itu bertempik..

"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu.."

Selepas mendengar amaran lelaki tersebut, maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri..
Daripada jumlah yang 1,000 orang tadi kini hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam..
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka penutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata..

"Ok Pak Imam saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang jumaat"

Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan para jemaah..

Macam mana???
Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas.. Selain terhibur anda fikirkanlah..

Lawakkan, dari 1,000 orang yang mengaku dia ISLAM hanya 40 yang betul2 beriman..
Lawakkan berapa banyak manusia mudah melupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..
Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun, mereka tak kata pun nak bunuh, tapi generasi sekarang amat lemah...
Baru kena ugut terus lari lintang pukang..
Lupa yang dy tak sembahyang jumaat lagi..
Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, tu pun bila sembahyang jumaat saja..
Ada lagi dahsyat, sembahyang dua kali setahun ja, tu pun tyme solat hari raya..
Lawakkan, bila ramai orang lebih percaya GOSIP dan apa yang tersiar di surat khabar daripada apa yang tercatat dalam al-Quran..
Lawakkan bila ramai orang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah kekal abadi, namun masih berlumba-lumba MENGEJAR DUNIA..
Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend or girlfriend selama berjam-jam, tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur jenaka dan lucah kesemua tempat tapi berasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 berunsur agama.. Lawakkan??....


Wallahuallam..
Sebarkanlah..
Semoga diri ini juga mendapat sinar hidayah Mu ya RABB..


P/S: thanx miss Keisya Hisya

.SWEET.











P/S senyuman ni manusia sangat cute!!