Salam..
Bicara hari ni bugieyTahir mulakan dengan menyatakan dengan penuh rasa kebanggaan bahawasanya bugieyTahir sudah genap 21 tahun, yeahh akhirnya bugieyTahir boleh sudah mengundi ahahahha.. Sebenarnya bukan pasal boleh mengundi atau tidak yang menjadi objektif utama entri kali ni, tapi sahaja mahu bermuhasabah diri kerana umur bugieyTahir meningkat lagi dan ini bermakna sudah 21 tahun bugieyTahir bernafas di atas muka bumi Tuhan yang indah ni.. Dan sekali lagi persoalan ini menerpa diminda bugieyTahir, cukup sudahkah amalan untuk dijadikan bekalan andai besok nyawa ini diambil kembali olehNya, apakah cukup sudah jasa dan pengorbanan bugieyTahir untuk kedua mama dan bapa tercintanya atas segala pengorbanan yang mereka buat untuk bugieyTahir??? Oohhhhh, dan semua jawapan untuk persoalan ini yang terbit dari hati kecil bugieyTahir ialah TIDAK kerana tidak akan pernah cukup bekalan2 ini untuk dijadikan pelita untuk mengharungi hidup di alam yang satu lagi dan belum juga cukup terbalas semua jasa mama dan bapa bugieyTahir.. Apa yang bugieyTahir mengarut ni??? Cukup laa semua tu, kuburmu pasti bergemerlapan hanya dengan amalan mu yang tidak sampai sejemput itu, terdengar juga bisikan shetan yang dilaknat itu..
Kerana itu bugieyTahir bersoa kepada Allah yang satu agar diri ini sentiasa berada di atas landasan yang betul dan diredhaiNya senantiasa agar bugieyTahir bisa terus kukuh untuk menjalankan kewajipannya sebagai hambaMu, amiiiin Ya Robbal Alamiiinn.. bugieyTahir jg ingin mendoakan yg sedemikian rupa kepada semua keluarga, sahabat dan saudara2 sekalian amiiiiinn..=) Terima kasih ya Allah kerana masih memberi kesempatan untuk bugieyTahir terus bernafas di muka bumi ini..
P/S umur hari ini genap 21 tahun 5 hari~~
2 comments:
bugie^^
hei :)
Post a Comment