Wednesday, October 3, 2012

...I LOVE YOU...

saat dunia semakin hebat dikuasai oleh arus kemodenan teknologi, ada segelintir umat manusia ini menggunakannya untuk membuat onar. kenapa digunakan kemodenan itu untuk memburukkan insan yang kami cinta sepenuh hati, Allahuakbar hanya Allah sahaja yang tahu betapa rasa marah itu menguasai hati ketika melihat dan membaca paparan kemodenan teknologi yang dibuat oleh manusia itu memburuk-burukkan kekasih-Nya. namun rasa amarah itu tidak boleh dibiarkan membakar hati, takut menjadi seperti "mereka", semoga Engkau kurniakan kesabaran kepada kami hamba-hambaMu ya Allah. akal sentiasa terlintas untuk berfikir, apakah belum cukup ditunjukkan kepada kita semua akan kebenaran agama yang dibawanya? atau masih perlukah kita untuk melihat sejarah zaman-zaman jahiliah yang telah menerima balasan daripada Allah untuk diulang semula? MUHAMMAD SAW betapa nama ini boleh membuatkan aku berasa sayu, mengenangkan sahaja pengorbanannya yang tercatat di dalam sejarah boleh membuatkan aku mengalirkan air mata. ya Allah betapa aku ingin hatiku dipenuhi rasa cinta, rindu dan sayang yang cukup banyak hanya untuk insan yang bergelar kekasih-Mu, Muhammad SAW. semoga "mereka" itu diberi hidayah dan keampunan dari-Mu ya Allah. 

No comments: