Salam...
Ramai yang jeles bila taw uum cuti almost 2 minggu lebih, dan ramai juga yang bertanya kenapa saya tidak balik RANAU TERCINTA sedangkan cuti agak panjang. Ikut hati memang maw balik saja ranau, tapi kalau balik pun rasanya sepi dan tidak bermakna sebab my mom tidak ada di rumah, rezeki my mom untuk tunaikan rukun Islam yang ke5 tahun. Insyaallah mendapat haji mabrur ya ma', amiiinn.
Minggu pertama bercuti agak membosankan, sebab pengisian cuti balik-balik berulang setiap hari. Bilik, library, pusat sukan sama cafe ja tempat yang boleh pigi. Terpaksa laa cuba untuk menyiapkan semua assignment selagi mampu. Bosannya hanya Allah yang tahu, hahaha..
Masuk minggu ke2 baru terasa bermakna cuti tu. Iya of course laa harus berterima kasih yang tidak terhingga sama Khunu family sebab sudi benarkan saya, idah & efei bercuti & berhari raya di sana. Terima kasih daun keldai, umur panjang kami datang lagi hihihi. Memang keja kami makan saja laa asal pegi rumah orang, sukar dibendung tu kesedapan ketupat & lemang dorang. Tidak percaya tanya c Idah sama Efei, berapa kali kami menambah ketupat & lemang hikhik. Gambar-gambar 'percutian mewah' kami ni tidak laa dapat saya kongsi sama kamu semua, nanti saya amik dulu dari c Idah tu pic baru laa sy share maa kamu semua arr(kalau rajin lagi laa mengupload). Okay sampai di sini dulu pertemuan digital antara kita semua, termi kasih kerana sudi membaca=)
No comments:
Post a Comment