Sunday, June 12, 2011

.Ya.Aku.Mengerti.

Aku mengerti andai kau rasa begitu
Aku mengerti andai ko berfikiran seperti itu
Aku jua mengerti sekiranya kau memikirkan itu
Dan aku jua mengerti andai kau sudah tidak tahan

Aku jua mengerti kiranya kau terasa ingin lari
Aku jua mengerti kalau kau bosan
Aku jua mengerti kira kau rasa sesak
Aku jua mengerti kira kau ingin menangis

Mungkin ia bukan kehendakmu
Mungkin jua ia bukan atas naluri hatimu
Mungkin jua ia bukan dari hati kecil mu
Ya, aku mengerti semua itu

Tapi kau harus lakukannya untuk cuba memuaskan hati semua pihak
Tapi kau harus melakukannya supaya semua pihak berpuas hati

Arggghhh persetan segalanya!!!
Kini kau harus lakukan mengikut gerak hatimu
Kini kau harus membuat segalanya atas kata hatimu dan akalmu
Jangan lagi bertuankan mereka
Mereka itu siapa juga
Itu dirimu
Itu hidupmu
Kau yang mengaturnya
Kau yang memilihnya

Tapi nasihatku
Andai kau sudah memilih untuk memilih segalanya atas kehendakmu
Maka kau harus bersedia atas segala risikonya
Tapi usah takut atau gentar kerana ianya sudah menjadi takdirmu
Dan kau harus bersyukur atas takdirmu
Takdirmu itu kau yang pilih