Saya sekadar ingin berkongsi cerita ini..
Harap kawan2 juga dapat share dengan kawan2 yang lain..
Mungkin ada yang pernah baca kisah ni tapi tak salah kalau kita ingatkan sekali lagi..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih..
Bayangkan ini berlaku kepada anda..
Suatu hari pada sembahyang jumaat yang dihadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah..
Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam..
Lalu salah seorang lelaki itu bertempik..
"Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu.."
Selepas mendengar amaran lelaki tersebut, maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri..
Daripada jumlah yang 1,000 orang tadi kini hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam..
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka penutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata..
"Ok Pak Imam saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang jumaat"
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan para jemaah..
Macam mana???
Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas.. Selain terhibur anda fikirkanlah..
Lawakkan, dari 1,000 orang yang mengaku dia ISLAM hanya 40 yang betul2 beriman..
Lawakkan berapa banyak manusia mudah melupakan ALLAH bila menghadapi bahaya..
Kedua lelaki hanya membawa mesin-gun, mereka tak kata pun nak bunuh, tapi generasi sekarang amat lemah...
Baru kena ugut terus lari lintang pukang..
Lupa yang dy tak sembahyang jumaat lagi..
Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja, tu pun bila sembahyang jumaat saja..
Ada lagi dahsyat, sembahyang dua kali setahun ja, tu pun tyme solat hari raya..
Lawakkan, bila ramai orang lebih percaya GOSIP dan apa yang tersiar di surat khabar daripada apa yang tercatat dalam al-Quran..
Lawakkan bila ramai orang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah kekal abadi, namun masih berlumba-lumba MENGEJAR DUNIA..
Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend or girlfriend selama berjam-jam, tapi nak berdoa kepada ALLAH, alahai tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, kita boleh post banyak thread atau note yang berunsur jenaka dan lucah kesemua tempat tapi berasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 berunsur agama.. Lawakkan??....
Wallahuallam..
Sebarkanlah..
Semoga diri ini juga mendapat sinar hidayah Mu ya RABB..
P/S: thanx miss Keisya Hisya
No comments:
Post a Comment